Monday, August 25, 2008

7 KEBETULAN UNTUK PENGUNDI PERMATANG PAUH

Courtesy from MarGeeMar

7 KEBETULAN UNTUK PENGUNDI PERMATANG PAUH MENGAPA ARIF SHAH TIDAK BOLEH MENJADI MP.

Ini untuk para pengundi di Permatang Pauh. Artikel ini sangat penting. Bacalah, kemudian fikir-fikirkan dan renung-renungkan.



1. Calon BN/Umno Arif Shah Omar Shah berkata beliau telah berhenti mengikuti pengajian Phd. Di Edision University of Technology. Soalannya, bagaimanakah seorang yang hanya mempunyai kelulusan Diploma sahaja seperti Arif ini,boleh terus melangkah sampai keperingkat Phd. pula? Pelik tapi benar! Takkan Si Arif ini tak tahu bahawa sesiapapun boleh membeli Phd dari universiti ini? Samada Si Arif ini bodoh sial ataupun cuba menipu Rakyat dengan Phdnya.

2. Sogok RM500 kepada penduduk Permatang Pauh upah sebagai perisik.

3. Tidak membayar wang caruman KWSP.

4. Menyertai perarakan haram Umno di Komtar apabila Pakatan Rakyat mengambil-alih Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Perarakan haram ini disertai Arif kerana kononnya kedudukan kaum Melayu di Pulau Pinang diancam oleh kerajaan PR.

5. Ariff Shah adalah adik kepada Tan Sri Amin Shah Omar Shah (Foto atas kanan) yang kini tinggal di UK kerana terlibat dalam skandal . Skandal ini melibatkan kes penipuan PSC Industries Berhad, dimana Amin Shah telah diberi kontrak bernilai lebih daripada RM24 billion dalam bentuk kontak TLDM sekitar tahun 1998 pada ketika Timbalan Perdana Menteri Najib Tun Razak memegang jawatan Menteri Pertahanan. Kerajaan Malaysia telah membayar Amin Shah berbillion Ringgit sebagai ‘duit hangus’ tetapi malangnya Amin Shah tidak menunaikan bahagiannya. Berbillion Ringgit wang Rakyat Malaysian telah lenyap begitu sahaja. Ini merupakan skandal kewangan terbesar dalam sejarah Negara! Mustahil jika Arif Shah mengatakan bahawa beliau tidak terlibat dalam perkara ini.

6. Demi mempopularkan dirinya dikalangan orazng Melayu yang menyoal laterbelangnya sebagai seorang India Muslim, Arif Shah telahcuba munukarkan nama George Town kepada “Bandar Datuk Abdullah Fahim”.

7. Arif Shah inilah yang telah mendesak Pak Lah bersama pemimpin Unmo Pulau Pinang lain untuk membatalkan semua Projek Mega di Pulau Pinang sebagai hukuman kepada Rakyat Pulau Pinang kerana mengundi Pakatan Rakyat.

Pada pendapat saya, jika seseorang itu boleh bercakap bohong tentang kelulusan akademiknya, beliau juga boleh berbohong tentang pembabitannya dalam perniagaan abangnya, Amin Shah. Di Negara demokrasi lain, seorang individu seperti Arif Shah tidak akan diletakkan bertanding segai seorang calon sama sekali.

1 comment:

Anonymous said...

Let's hope at 8pm tomorrow is the beginning of a new dawn in Malaysia!