Saturday, June 28, 2008

Thanks floppy..

Tengahari tadi saya bersama isteri dan anak pergi ke Alamanda Putrajaya untuk membeli barang keperluan rumah di Carrefour. Terlanjur dah sampai di sana, singgahlah kami di Rasa, medan selera di Alamanda. Kebetulan pulak dah tengahari, so makan lunch sekalilah.

“Ada nampak pelik sikitla”, kata isteri saya. “Orang tak ramai sangat makan, padahal dah dekat pukul 1 tengahari dah”, katanya lagi. “Memang cantiklah, takyah nak berebut-rebut cari meja” saya membalas. Saya lihat pun orang tak ramai macam biasa. Hari ini pulak hari Sabtu, dan baru 3 hari lepas kakitangan kerajaan dapat gaji.

Nampaknya inilah hasil kerja pak lah flip-flop yang disayangi. Tindakannya mengurangkan subsidi minyak menyebabkan harga petrol melonjak sebanyak 41% pada 4 June lepas. Dan rakyat yang merasa bahananya. Masa nak memilih menu, kita tengok harga dulu baru order. Bukannya pilih apa yang sedap di mata kita. Nasi beriyani full-spec dulu, sekarang nasi putih dengan ayam goreng, kari kosong aje tanpa sayur. Kalau dulu minum air buah, sekarang order air suam aje. Kononnya nak jaga kesihatan.
Selepas makan, kami menuju ke Carrefour dan melihat ramai orang di sana.

Memandangkan hari ni cuti, ramai ibu-bapa yang membawa anak masing-masing. Nampak gayanya, lepas beli barang rumah, balik rumah and masak ajelah. Sebelum kenaikan harga minyak, bolehla bawa anak-anak makan KFC or McDonald sebulan sekali, sekarang ni goreng ayam pakai tepung KFC di rumah and makan dengan nasi, lagi jimat. Rasanya pun lebih kurang aje.

Lepasni katanya minyak akan naik lagi bulan Ogos. Kalau jadi RM4 seliter, kena buat adjustment lagi lah nampaknya. Peniaga makanan di Rasa Alamanda pun habis bungkus. Sedangkan 3 hari lepas gaji pun tak ramai orang, apatah lagi di pertengahan bulan bila dah betul-betul ‘kering’.

Damn you Pak Lah for putting us in this position!!

No comments: