Thursday, July 3, 2008

Kenyataan Akhbar and Kenyataan Bersumpah tentang Hubungan Najib dan Altantunya

Untuk manfaat semua, saya telah menterjemahkan teks Saudara Anwar ke Bahasa Malaysia.
Diharap dapat menyebarkan lagi kejutan terkini kepada seluruh rakyat Malaysia mengenai kes Altantuya dan Najib Tun Razak.


Dari pejabat Anwar Ibrahim: Kenyataan Akhbar untuk pendedahan serta-merta

3 Julai 2008, Petaling Jaya, Malaysia

Hari ini kita menyaksikan satu lagi episod dan pattern yang konsisten dalam penyalahgunaan kuasa dan manipulasi sistem jenayah kehakiman.

Baru baru ini, seorang saksi dalam kes Altantuya telah menemui kami dengan maklumat terperinci tentang perkara yang telah berlaku yang membawa kepada kehilangan, dan seterusnya pembunuhan Altantuya. Maklumat yang diterima adalah amat mengejutkan.

En. P. Balasubramaniam, yang dilantik oleh Abdul Razak Baginda sebagai penyiasat persendirian beliau, telah dinasihati oleh peguamnya untuk merekodkan kenyataannya secara bebas. Hari ini, dia telah melafazkan deklarasi bersumpah (statutory declaration) bertarikh 1 Julai 2008 kepada umum, yang menerangkan dengan terperinci perkara sebenar yang berlaku dan apa yang telah diberitahu kepada beliau oleh watak watak utama dalam saga ini, seperti Abdul Razak Baginda dan Altantuya sendiri. Kenyataan kenyataan di bawah mendedahkan perkara perkara berikut:

1. En Balasubramaniam telah dilantik oleh Abdul Razak Baginda untuk mneyelesaikan masalah dia diganggu oleh Altantuya mengenai tuntutan hutang Razak kepada beliau.

2. Altantuya telah dijanjikan komisen sebnyak USD500,000 kerana telah membantu dalam menguruskan hal pembelian kapal selam di Paris.

3. Altantuya telah diperkenalkan kepada Razak Baginda oleh Datuk Seri Najib Tun Razak semasa berlangsungnya satu pameran berlian di Singapura.

4. Altantuya, Datuk Seri Najib dan Razak Baginda pernah dilihat makan malam bersama di Paris.

5. Selepas kehilangan Altantuya, satu kekecohan telah berlaku di hadapan rumah Razak Baginda, beberapa hari selepas 20 December 2006, di mana kawan-kawan Altantuya dan seorang yang dikenali sebagai Mr Ang (penyiasat peribadi Altantuya) datang untuk mencari dimanakah Altantuya berada. Balasubramaniam yang berada di situ terpaksa menelefon polis. Sebuah kereta peronda polis tiba sejurus kemudian. Sejurus selepas itu, seorang pegawai penyiasat dari Balai Dang Wangi yang menguruskan kes orang hilang, tiba setelah mendapat laporan dari kawan kawan Altantuya mengenai kehilangan Altantuya. Balasubramaniam kemudiannya menelefon Razak Baginda, yang semasa itu berada di dalam rumah, untuk melaporkan apa yang sedang berlaku di depan rumah beliau. Razak kemudiannya menelefon DSP Musa Safri untuk memberitahu perkembangan tersebut. Tidak lama kemudian, Musa telah menghubungi pegawai Dang Wangi yang sedang berada di depan rumah Razak. Mereka berbual selama 3-4 minit, dan Inspektor itu mengarahkan rakan rakan Altantuya untuk meninggalkan kawasan tersebut dan berjumpa dengan beliau pada keesokan hari. Dipercayai bahawa DSP Musa Safri adalah penjaga peribadi (bodyguard) kepada Datuk Seri Najib pada waktu itu.

6. Balasubramaniam telah ditahan dan disoal siasat selama 7 hari dia Bukit Aman. Ini berlaku pada hujung bulan November 2006. Dia telah melaporkan segala apa yang diketahuinya kepada pihak polis mengenai Razak Baginda, Altantuya serta hubungan mereka dengan Najib. Maklumat ini walaubagaimanapun telah dikecualikan daripada laporan polis yang beliau tandatangani.

7. Semasa perbicaraan kes Sirul, Azilah dan Razak Baginda di Mahkamah Shah Alam, pegawai pendakwaraya tidak sekalipun menyentuh tentang hubungan di antara Altantuya dan Datuk Seri Najib, ataupun tentang panggilan telefon dari Musa Safri kepada Razak Baginda.

8. Sejurus sebelum Razak Baginda ditangkap, beliau telah memberitahu pada Balasubramaniam yang dia telah menerima satu SMS dari Najib berbunyi "Saya akan bertemu dengan IGP pukul 11 pagi ini...segalanya akan diselesaikan...bertenang".
Kenyataan Balasubramaniam juga ada menyebut tentang perhubungan rapat antara Altantuya dan Najib Tun Razak (mereka mempunyai hubungan seks, dan Najib ada melakukan liwat pada Altantuya).

Walaubagaimanapun, dakwaan dakwaan oleh Balasubramaniam ini menimbukan beberapa soalan untuk pengetahun umum:

a. Penyorokan bukti oleh pegawai polis penyiasat dan pegawai pendakwaraya. Penyorokan bukti seperti ini cuma boleh berlaku dengan pengetahun penuh dari peringkat tertinggi, seperti IGP dan AG.

b. Persoalan juga ditimbulkan dengan penyorokan bahan bukti ini, apabila berlaku pertukaran pegawai pendakwaraya pada saat terakhir, di mana ketua Cawangan Jenayah AG Chambers, Datuk Yusuf Zainal Abiden telah diketepikan dari mengendalikan kes tersebut, dan pegawai Senior DPP Sallehudin Saidin juga di suruh bersara awal beberapa bulan kemudian.

c. Persoalan juga timbul tentang pertukaran hakim pada saat perbicaraan sedang berjalan pada Mac 2007 - mengapa ia dilakukan?

d. Adakah Datuk Seri Najib berbohong apabila dia menyatakan tidak pernah bertemu dengan Altantuya?

e. Adakah Datuk Seri Najib berbohong dalam menyatakan dia tidak terlibat dalam isu komisen dalam pembelian kapal selam Scorpene?

Kenyataan En. Balasubramaniam menunjukkan apa yang telah kami nyatakan selama ini, bahawa siasatan dan perbicaraan kes Altantuya ini tidak dijalankan dengan telus, dan perbicaraan telah diadakan sedemikian rupa dengan keputusan mahkamah telah di tentukan lebih awal. Ini memberi kesan yang serius kepada badan kehakiman, di mana integriti dan kredibiliti badan badan utama seperti kehakiman, polis and AG Chambers telah tercalar.

Pendedahan pada hari ini membuktikan satu pattern yang konsisten dengan penyalahgunaan sistem kehakiman yang telah disaksikan oleh negara ini semenjak 1998. Dakwaan dakwaan ini memerlukan satu Suruhanjaya Siasatan DiRaja ditubuhkan segera bagi menyiasat dengan lebih lanjut.

-Anwar Ibrahim-

End of translation

No comments: